Pagi tadi sempat berborak panjang dengan penuh ‘feeling’ dengan As-Syeikh Prof Dr. Abdul Rauf Kharabsyeh (Dekan Kuliah Syariah, Universiti Yarmouk) di pejabatnya.
Saya ringkaskan seringkas yang boleh antara intipati perbincangan yang membuatkan saya risau memanjang :
1) Isu syiah.
Beliau sangat bertegas terhadap isu ini kerana ia adalah masalah Aqidah yang besar. Golongah syiah berpegang dengan prinsip taqiyyahnya dan hidup bersama2 dalam kalangan Ahli Sunna wal jamaah. Ia merupakan duri dalam daging yang sangat merbahaya.
2) Taqiyyah mereka itu merupakan satu penipuan. Mereka menipu ke atas Allah dan RasulNya. Mereka mencela Para Sahabat malah turut mengkafirkan orang muslim. Hakikatnya Mereka tidak pernah mengiktiraf kita (Ahlu Sunnah wal Jama’ah) meskipun tampak ‘okay je’ dengan kita sekarang ini sebab mereka masih minoriti di Malaysia berbanding kita yang ramai.
3) Saya tanya bagaimana kalau dalam politik, ada orang syiah yang menyertai sesebuah parti (malah naik menjadi pimpinan). Beliau jawab dengan mudah bahawa sebenarnya mereka nak menguasainya dan hendak men-syi’ah-kannya.
4) Dr. Abdul Rauf juga menjelaskan kepada saya bahawa Al-Aslu (الأصل) , kita tidak menerima syiah untuk menyertai & bersama kita. Kita mesti berhati-hati agar golongan syiah ini tidak dapat menyelinap masuk & bersama kita tanpa disedari.
5) Beliau juga menekankan aspek bacaan tentang perkara ini dan menyebarkan kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita.
6) Isu Mahasiswa Malaysia di Jordan.
Beliau sangat kecewa kerana akhir-akhir ini beliau sendiri dapati ada segelintir pelajar Malaysia di sini yang tidak menghormati ulama’ lagi-lagi doktor syariah di universiti sendiri, kerana seolah-olah jumud dengan fahaman sesetengah tokoh di luar yang beliau sendiri kenal bahawa mereka merupakan dari golongan yang suka mencela para ulama’ seperti gol. Syiah dan Ahbasy.
7) Beliau sangat berharap agar pelajar malaysia di sini terus menimba ilmu dengan sebaiknya. Jangan mudah terikut2 dengan ‘tokoh’ yang mencela Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, dan semua ulama’ yang lain.
8) Beliau juga meminta saya menyampaikan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia di Jordan ini utk memandang serius perkara ini dan usaha utk menghadiri kelas-kelas pengajian utk pengukuhan ilmu kerana kita akan pulang ke Malaysia tak lama lagi. Menjadi rujukan masyarakat.
Wallah A’lam.