Penulis, Ahmad bin Khairuddin, merupakan graduan Kuliah Syariah, pengkhususan Fiqh & Usul Fiqh (Mumtaz) di Universiti Yarmouk, Jordan (2014) dan Certificate in Islamic Finance di International Centre for Education in Islamic Finance, INCEIF (2016). Minat penulis terhadap ilmu bermula sejak di bangku sekolah lagi, dibuktikan dengan kejayaan merangkul 5A UPSR, 9A PMR, 11A SPM, 10 Mumtaz STAM, di samping menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh 1 tahun 3 bulan pada umur 14 tahun.
Penulis merupakan pengasas channel telegram Siyasah & Muamalat Patuh Syariah dan salah seorang pengasas Indahnya Islam, sebuah NGO yang komited mempromosi kehidupan Islami yang holistik melalui kempen-kempen dan jaringan media Islami seperti laman web indahnyaislam.my dan page facebook Indahnya Islam
Penulis yang kini berkhidmat sebagai Associate Analyst di Bank Negara Malaysia sejak tahun 2014 juga merupakan ahli Association of Shariah Advisors In Islamic Finance (ASAS).
Salam Ta’aruf