Sedang mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Syeikh Prof. Dr. Fakhri Abu Sofiyyah
Antara rutin saya di Universiti Yarmouk sejak tahun satu adalah mengisi masa lapang dengan duduk berbincang bersama mana-mana penyarah di bilik pejabat secara peribadi. Ia jauh lebih menarik berbanding hanya duduk mendengar syarahan di dalam kelas yang lebih bersifat umum.
Beberapa hari lepas, sempat berborak dengan Prof. Dr. Fakhri Abu Sofiyyah di biliknya. Beliau merupakan ulama’ dalam bidang Siyasah Syar’iyyah & Ekonomi Islam dan merupakan Ketua Qisim Usul Fiqh, Kuliah Syariah, Universiti Yarmouk.
Dulu-dulu, perbincangan dengannya hanyalah sekitar permasalahan Fiqh Sumpah, Fiqh Nazar dan Fiqh Makanan (Ketika belajar subjek ini dengannya)
Tapi Kali ini, beliau bercakap tentang isu-isu lebih besar, berkisar isu politik islam secara amnya dan isu masa depan umat Islam di Malaysia. Kebetulan beliau baru sahaja ke Malaysia baru-baru ini sebagai penceramah di beberapa muktamar di semenanjung.
Beliau meluahkan kepada saya betapa risaunya melihat situasi yang sedang berlaku di Malaysia. Beliau sendiri melihat secara langsung keadaan di Malaysia sekarang ini. Katanya golongan non-muslim mempunyai هَيْمَنَة (kuasa dominan) di Malaysia. Baik Ekonomi mahupun politik. Ditambah lagi dengan arus liberal yang melanda, hiburan dan lain-lain (Saya tak berapa ingat apa lagi keluahannya, kerana banyak sangat). Jelas di riak mukanya tampak kecewa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Beliau memberi peringatan dengan nada tegas kepada saya agar berhati-hati dengan membawa satu contoh yang cukup menyentap hati saya ;
“Negara Lubnan, majoriti penduduknya adalah orang Islam (dalam 65%). Tetapi siapa ketua negaranya? Orang Kristian !
Agama negaranya Kristian. Perdana Menteri je Muslim Sunni. Menteri-menteri bawahnya Syiah.
Tak mustahil Malaysia boleh jadi seperti ini !”
Kurang lebih beginilah mafhum dan ringkasan kata-kata beliau.
Serius, peringatannya ini membuatkan saya termenung panjang.
Risau.
+ + +
*Perkongsian ini hanyalah sebagai peringatan buat kita. Bukan sekadar untuk menakut2kan. Tapi untuk terus berjuang membimbing diri dan masyarakat. Demi menjamin masa depan Malaysia yang cerah dengan kegemilangan Islam.