Sempena Sambutan Hari Merdeka semalam, izinkan saya kongsikan sedikit nota ringkas mengenai hakikat merdeka ataupun kebebasan yang seringkali ramai tersilap faham.

Ada ulama’ menyebut :

الحرية قبل الدين (Kebebasansebelum Agama)

Ya, ia satu konsep yang benar.

Malangnya segelintir rakan-rakan menyalahgunakan konsep ini.

 

Hakikat daripada konsep ini adalah,

1) Kita wajib bina model Islam di alam realiti. Dari kehidupan seharian seperti baca doa tidur, berpesan-pesan kebaikan pada masyarakat, hinggalah sebesar perkara seperti membina sistem pemerintahan Islam yang cemerlang.

2) Kita wajib merdekakan seluruh Manusia di dunia ini dari sebarang bentuk cengkaman sistem yang lari dari Islam seperti Humanisme, Liberalisme, Sekularisme, Syiah dan lain-lain cengkapan sistem kezaliman yang menjadi ‘tuhan’ mereka.

Maka, barulah manusia akan berbondong-bondong memasuki Islam, bilamana mereka sudah terbebas dari semua sistem yang mencengkam mereka selama ini dan dapat lihat dengan mata hati bagaimana sistem Islam yang indah lagi harmoni buat mereka itu.
Inilah secara ringkasnya apa yang dijelaskan oleh Tokoh Pemikir Islam, Syed Qutub dalam Muqaddimah Surah Al-Anfal (Tafsir fi Zilal) berkaitan jihad dan kebebasan.

Jangan harap manusia akan memasuki Islam beramai-ramai seperti ketika Fathul Makkah, bila 2 perkara di atas tidak terlaksana.

+ + +

Sedih melihat sebahagian muslim yang salah faham dengan konsep “Al-Hurriyyah Qabla Ad-Din” dan “Islam rahmat buat seluruh alam” sehingga masih berlembut (bahkan ber’tahaluf siyasi’) dengan pihak yang membuat serangan bertubi-tubi ke atas umat Islam di Malaysia atas alasan ingin berdakwah, mengharap mereka terpikat lalu memeluk Islam.

Lebih parah, bukan sekadar berlembut, tetapi tidak habis-habis menyokong usaha mempromosi idea menyeleweng di pentas awam. Kononnya mereka bersifat wasatiah, tidak ekstremis.

Sampai bila hendak berfikiran cetek sebegini?

Kajilah lagi sifir kemenangan Nabi saw, para Sahabat, dan Salafussaleh yang berjaya membina kekuatan umat yang luar biasa. Dengan siri-siri Jihad dan membuka kota-kota Islam, mereka berjaya merdekakan jutaan manusia dari sebarang bentuk penjajahan sistem dan kekuasaan selain Islam, lalu berbondong-bondong manusia memeluk Agama yang suci ini dengan aset fitrah yang mereka miliki.

Leave a Reply

AHMAD KHAIRUDDIN

Perkongsian Siayasah & Muamalat Islam

Emel : ahmadbinkhairuddin@gmail.com