Rukun Islam yang pertama ialah : Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.
Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah bermakna mengesakan Allah dengan sifat Uluhiyyah dan tidak
meletakkan makhluk setaraf dengan mana-mana sifat khusus Uluhiyyah Allah.
Sifat khusus Uluhiyyah yang paling utama ialah hak Hakimiyyah (pemerintahan/kekuasaan tertinggi) Allah secara mutlak. Sifat khusus inilah yang memberikan Allah hak untuk menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan hamba-hambaNya, hak untuk menentukan manhaj (sistem/methodologi) yang perlu digunakan oleh manusia di dalam kehidupan mereka, dan hak untuk menetapkan neraca yang akan digunakan di dalam kehidupan manusia.
Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tidak akan terlaksana dan tercapai, melainkan dengan mengiktiraf bahawa hanya Allah yang berhak menentukan manhaj yang akan digunapakai di dalam kehidupan manusia dan berusaha merealisasikan manhaj supaya terlaksana di dalam kehidupan manusia.
Setiap orang yang mengaku berhak untuk menggubal sendiri manhaj kehidupan manusia ini sebenarnya telah mengaku bahawa mereka memiliki kuasa ketuhanan, kerana telah mendakwa mereka memiliki ciri utama sifat uluhiyyah ini. Barangsiapa yang akur dengan dakwaan mereka ini sebenarnya telah menjadikan mereka ini sebagai tuhan selain daripada Allah kerana mengiktiraf bahawa mereka ini memiliki sifat uluhiyyah yang utama.
-As-Syahid Syed Qutb Rahimahullah, Haza Ad-Din-
+ + +
Gambar : Kenangan Khalifah Umat Islam terakhir, Abdul Hamid II yang lantang memperjuangkan hak Hakimiyyah Allah swt secara mutlak. Gambar ini dikatakan saat Khalifah Abdul Hamid II meninggalkan istananya beberapa tahun sebelum jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir pada tahun 1924.
Wajib ke atas umat Islam masa kini untuk mengembalikan semula milik pemerintahan negara bahkan dunia ini kepada Allah swt secara mutlak, dengan menegakkan agama-Nya di dunia ini.