Lain-lain

Politik Yang Hakiki

By March 6, 2013June 14th, 2020No Comments

arusss

Hakikat politik yang perlu kita fahami adalah segala perkara yang membawa kepada kebaikan dan menjauhkan kita dari kefasadan.
Inilah yang dijelaskan oleh Ibn ‘Aqil yang mengatakan “Politik adalah apa saja perbuatan/perkara yang mendekatkan manusia kepada kebaikan dan menjauhkannya dari kefasadan.”

Bila bicara tentang politik, apa yang kita maksudkan adalah politik yang berasaskan syara’ (Siyasah Syar’iyyah). Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitab As-Siyasah As-Syar’iyyah menyebut Siyasah Syar’iyyah bermaksud Politik yang berdiri di atas kaedah-kaedah syara’, hukum-hakamnya dan petunjuk-petunjuknya. Selari dengan pendapat Imam Syafie bahawa :” لا سياسة الا ما وافق الشرع”. Tidaklah politik itu melainkan apa yang menepati Syara’.

Maka dengan ini, tertolak kesemua perkara yang tidak berdiri di atas prinsip ini seperti mendokong liberalisme, pluralisme, sekularisme dan lain-lain idea rekaan manusia yang menguntungkan musuh kita yang hakiki. Terkeluar juga segala perbuatan keji seperti saling menjatuhkan & menghina sesama muslim yang tidak mencerminkan akhlak seorang muslim malah merugikan umat Islam.

Oleh itu, nasihat saya khususnya buat diri dan kawan-kawan anak muda yang semangat di luar sana, pandanglah segala perkara dengan kaca mata yang seluasnya, mengambil kira keuntungan Agama Islam serta mematuhi segala peraturannya.

Seharusnya kita berjiwa besar, berfikiran jauh, memikirkan masa depan Umat Islam di Malaysia. Tidak hanya sempit dengan sekadar isu ekonomi, isu minyak, isu rasuah, isu kroni dan lain-lain kezaliman sebahagian pihak yang kita semua sudah maklum dan menentangnya sejak dahulu.

Sudah tiba masanya kita melihat politik ini melangkaui blok-blok parti politik dengan melihat kepada Maslahah buat Ummah secara keseluruhannya di Bumi Malaysia.
Sudah tiba masanya kita lebih serius membina jati diri peribadi muslim dan membimbing masyarakat Malaysia bagi menjamin kesejahteraan Malaysia yang berterusan.

Leave a Reply

AHMAD KHAIRUDDIN

Perkongsian Siayasah & Muamalat Islam

Emel : ahmadbinkhairuddin@gmail.com