Lain-lain

Solusi Malaysia : Negara Sekular ?

By March 5, 2013No Comments

nato__s_democracy_by_kritikalpoint-d47wnw0
Sedang sibuk nak final exam ini, rehat-rehat sebentar, terbaca artikel ini; http://irfront.net/post/articles/menilai-semula-perdebatan-tentang-negara-sekular/

Ingin sekali saya membuat sedikit mulahazat atas dasar tanggung jawab sebagai seorang muslim lagi-lagi sebagai pelajar Usul Fiqh :

1) Kalau tidak menyokong penegakan Negara Islam kerana istilah دولة اسلامية (negara Islam) tidak ada diungkap dalam Al-Quran. Ketahuilah bahawa Negara Sekular mahupun Negara Demokratik pun langsung tiada diungkap di dalam Al-Quran.

2) Perlu saya tegaskan bahawa Islam adalah sistem yang lengkap mencakupi semua aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair, kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, bahan dan kekayaan, pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan ideologi, sama jua seperti Islam itu adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sah. Ini adalah asas yang penting wajib kita fahami. Jesteru, mangatakan “Islam bukan penawar yang menyediakan jawapan yang siap tersedia kepada semua permasalahan manusia” adalah tidak tepat sama sekali.

3) Kita perlu tahu, di samping Al-Quran yang menjadi rujukan utama kita, Islam juga mempunyai sumber-sumber dalil yang lain seperi Sunnah, Qiyas, Ijma’ dan sumber-sumber تبعية seperti Istishab, Istihsan, Masalih Mursalah, Sadd Az-Zarai’e dan lain-lain yang juga selari dengan Maqasid Syara’. Siapa yang punyai asas Usul Fiqh pasti maklum akan hal ini. Kesemua isu di dunia, tak kira masa dan tempat bisa diselesaikan dengan berdasarkan dalil-dalil ini. Kita tidak boleh sesuka hati berijtihad tanpa mengikut kaedah dan syarat yang digariskan syara’.

4) Islam memang mengiktiraf peranan Aqal. Namun, aqal punyai hadnya dan perlu digunakan dengan sebetulnya. Pandangan Aqal memang kita terima selagi mana TIDAK bertentangan dengan Kaedah Syara’.

5) Ada orang sering melibatkan Syeikh Rasyid Ghannoushi bagi memperkuatkan hujahnya dalam menyokong idea negara sekular. Bagi saya ini adalah seolah-olah perbuatan yang tidak amanah dalam menaqalkan kalam ulama’ untuk dibuat hujah mengenai negara sekular. Ataupun, seolah-olah seperti literalis yang hanya mencedok kata-kata ulama tanpa melihat konteks tertentu dan ingin ditatbiqkan di Malaysia. Sedangkan kita perlu fahami bahawa situasi di Malaysia dan Tunisia jauh berbeza. Syeikh Rasyid Ghannoushi dan umat Islam di sana terpaksa berdepan dengan sekularisme yang amat pekat. Inginkan kita Malaysia berpatah balik ke arah itu? Beliau punyai ijtihad yang tersendiri yang mungkin hanya sesuai dengan situasi di negaranya.

6) Saya sendiri telah berjumpa Syeikh Rasyid Ghannoushi dan mendengar ucapannya dalam satu persidangan yang saya hadiri di Mesir. Sempat juga bersembang dengannya di meja bulat ketika sesi makan tengah hari. Cukup membuktikan bahawa ramai yang selama ini salah faham dengan kata-kata atau tulisan-tulisannya tanpa melihat kepada konteks sebenar. Beliau menegaskan bahawa Sekularisme tidak akan jadi islamik. Malang sekali lihat ada yang salah erti terhadap perkara i

img_0201Sembang-sembang selepas makan tengah hari bersama Syeikh Rasyid Ghannoushi. Di Persidangan Taghyiir di Mesir @ Musim Panas 2012

7) Kita juga perlu jelas bahawa kita punyai agenda besar di dunia ini iaitu mendaulatkan Islam dan memastikan manusia tunduk dengan sistem Islam (أستاذية العالم) . Maka kenyataan “negara yang terbaik untuk umat Islam kini adalah negara sekular yang mendakap demokrasi” adalah tidak relevan malah memberi kerugian pada umat Islam di Malaysia.

Wallah A’lam.

(Re-post. Artikel telah ditulis dan dipost di wall facebook pada 29 Disember 2012)

No Comments

  • aimanr says:

    -rasa mcm dah post komen td (?)-

    salam ahmad..
    ada kemungkinan juga anta menjadi ” literalis tanpa melihat pada konteks yg betul” terhadap artikel tersebut..

    wslm
    aimanroslizar

  • ahmadkhairuddin says:

    wslm wbt Akhi Aiman.

    mungkin nta boleh betulkan ana, di mana point yang berkemungkinan ana “literalis tanpa melihat pada konteks yang betul” tu?

    jzkk

Leave a Reply

AHMAD KHAIRUDDIN

Perkongsian Siayasah & Muamalat Islam

Emel : ahmadbinkhairuddin@gmail.com