بسم الله الرحمن الرحيم

 

Status Pemilikan Masnu’ Dalam Akad Istisna’ Semasa Proses Pembuatan

Dan Sebelum Penyerahan :

Kajian Analisis & Perbandingan

Disediakan Oleh :

Ahmad bin Khairuddin

Associate Analyst, Bank Negara Malaysia

Pendahuluan

 

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله.

ونصلِّي و نسلِّم على سيِّد البشر محمَّدٍ النَّبيِّ الأميِّ المبعوثِ رحمةً للعالمين وعلى آله و صحبه أجمعين, ومن سار على دربهم إلى يوم الدين, وبعد.
Tujuan kajian ini dibuat untuk membincangkan persoalan berkaitan status pemilikan masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’. Perkara ini penting untuk diketahui supaya setiap pihak yang terlibat dalam kontrak istisna’ jelas akan hak masing-masing untuk mengelak sebarang kemungkinan berlakunya perselisihan samada semasa atau selepas terbatalnya kontrak istisna’.

 

Skop dan Kaedah Kajian

Untuk mendapatkan jawapan mengenai status pemilikan masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’, saya menumpukan kajian ini kepada lima topik utama :

  • Takrif Istisna’
  • Hukum Istisna’
  • Takyif Fiqhi Istisna’ di Sisi Fuqaha’ Qudama’ dan Ulama’ Kotemporari
  • Status Pemilikan Masnu’ Semasa Proses Pembuatan Dan Sebelum Diserahkan Kepada Mustasni’
  • Isu Berbangkit

Kemudian diakhiri dengan penutup yang akan meyimpulkan natijah terpenting daripada kajian ini.  Keperluan kajian ini dibuat mengikut turutan topik di atas adalah bagi memberi gambaran tepat kepada kita mengenai hakikat istisna’ sekaligus memudahkan perbincangan mengenai status pemilikan masnu’, bertepatan dengan Qaedah fiqhiyyah yang berbunyi :

“الحكم على الشيء فرع عن تصوره”

Di samping itu, dalam isu-isu khilafiyah yang terdapat di dalam kajian ini, saya akan menyenaraikan setiap pandangan beserta hujah masing-masing dan akan diakhiri dengan pentarjihan. Dari pandangan yang rajih dan yang dipilih itulah yang akan menentukan halutuju perbincangan seterusnya mengenai pemilikan masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’.

Semoga Allah swt memberi taufiq dan hidayah ke atas kita semua atas usaha kecil ini bagi menegakkan kalimahNya di atas muka bumi.

 

TOPIK 1 : TAKRIF ISTISNA’

Dari segi bahasa, Istisna’ berasal dari perkataan صَنَعَ (telah buat), يَصْنَعُ (sedang buat), dan صَنْعٌ (pembuatan).[1]

Istisna’ adalah kata terbitan dari kata perbuatan istasna’a (استصنع) atas wazan istaf’ala(استفعل) yang membawa maksud meminta untuk membuat sesuatu. Berkata ibn Manzur :

اسْتَصْنَعَ الشيءَ دَعا إِلى صُنْعِه[2]

Maksudnya : “Istasna’a as-syai (sesuatu benda) adalah membawa maksud meminta untuk membuatkannya”

 

Berkata Najmu ad-Din an-Nasfi (wafat 537 Hijrah) :

وَالِاسْتِصْنَاعُ طَلَبُ الصُّنْعِ وَسُؤَالُهُ[3]

Maksudnya : “Dan istisna’ itu adalah menuntut dan meminta untuk membuatkan sesuatu”

 

 

Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut :

 

“الاستصناع في اللغة : مصدر استصنع الشيء : أي دعا إلى صنعه , ويقال : اصطنع

فلان بابا : إذا سأل رجلا أن يصنع له بابا , كما يقال : اكتتب أي أمر أن يكتب له”[4]

 

Maksudnya : “ Istisna’ dari segi bahasa : Kata terbitan bagi membuat sesuatu, yakni meminta untuk membuatnya. Dan dikatakan : Fulan telah meminta untuk membuat pintu : Apabila seseorang lelaki itu meminta untuk membuatkan pintu untuknya. Sepertimana dikatakan : Tuliskan, yakni satu arahan untuk tuliskan untuknya”

 

Dari segi istilah pula, terdapat banyak takrifan yang diberikan oleh fuqaha’ mengenai istisna’.

 

Ibnu ‘Abidin telah mentakrifkan Istisna’ dengan mengatakan :

 

“فهو طلب العمل منه في شيء خاص على وجه مخصوص”[5]

 

Maksudnya : “maka ia (istisna’) adalah menuntut perbuatan daripadanya (Sani’) pada sesuatu benda yang khusus dengan bentuk yang tertentu”

 

Di dalam Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah menyebut bahawa :

 

“الاستصناع عقد مقاولة مع أهل الصنعة على أن يعملوا شيئا فالعامل صانع

والمشتري مستصنع والشيء مصنوع”

 

Maksudnya : “Istisna’ adalah satu akad dengan ahli pembuatan untuk membuat sesuatu. Pembuat adalah Sani’ dan pembeli adalah mustasni’ dan sesuatu tersebut adalah masnu’ ”

 

Al-Kasani pula telah mentakrifkan istisna’ dengan menerangkan gambarannya :

 

“أَمَّا صُورَةُ الِاسْتِصْنَاعِ فَهِيَ أَنْ يَقُولَ إنْسَانٌ لِصَانِعٍ – مِنْ خَفَّافٍ أَوْ صَفَّارٍ أَوْ غَيْرِهِمَا – : اعْمَلْ لِي خُفًّا ، أَوْ آنِيَةً مِنْ أَدِيمٍ أَوْ نُحَاسٍ ، مِنْ عِنْدِك بِثَمَنِ كَذَا ، وَيُبَيِّنُ نَوْعَ مَا يَعْمَلُ وَقَدْرَهُ وَصِفَتَهُ ، فَيَقُولُ الصَّانِعُ : نَعَمْ”

 

Maksudnya : “Adapun gambaran istisna’ ialah apabila seseorang mengatakan kepada sani’ –dari kalangan tukang kasut (khuf) atau Saffar atau selainnya – : buatkan bagi aku khuf, atau bekas daripada kulit atau tembaga daripada milik engkau dengan harga sekian sekian. Dan dia menjelaskan jenis, kadar, dan sifatnya. Kemudian sani’ berkata : ya”

 

Ulama’ kotemporari pula telah mentakrifkan istisna’  dengan lebih terperinci. Antaranya, Syeikh Mustafa Zarqa’. Beliau telah mentakrifkan istisna’ dengan :

 

“عقد يشترى به في الحال شيء مما يصنع صنعا يلتزم البائع بتقديمه مصنوعا بمواد من عنده بأوصاف مخصوصة  وبثمن محدد”[6]

 

Maksudnya : “(istisna’) adalah satu kontrak dimana dengannya seseorang membeli secara on the spot sesuatu benda yang dibuat secara pembuatan, yang mana melazimkan penjual untuk memberi (taqdim) masnu’ tersebut dengan menggunakan bahan-bahan darinya (dari penjual) dengan spesifikasi-spesifikasi khusus dan dengan harga tertentu.”

 

 

 

Syeikh Dr. ‘Ali Qurah Daghi menyebut :

 

“الاستصناع هو ما إذا طلب المستصنع من الصانع صنع شيء موصوف في الذمة خلال فترة قصيرة أو طويلة ,

سواء كان المستصنع عين المصنوع منه بذاته أم لا , وسواء كان المصنوع منه موجودا أثناء العقد أم لا”

 

Maksudnya : “Istisna’ ialah apabila mustasni’ menuntut daripada sani’ untuk membuat sesuatu yang merupakan mausuf fi zimmah dalam jangka masa yang pendek atau panjang, samada mustasna’ itu ‘ayn masnu’ minhu bizatihi ataupun tidak, dan samada masnu’ minhu itu wujud semasa akad ataupun tidak”

 

 

Takrif yang dipilih :

 

Setelah meneliti keseluruhan takfiran di atas dan menyeleraskan (jama’ bainahum), saya menyimpulkan takrif istisna’ sebagai :

 

“ Sebuah akad atau kontrak khusus untuk membuat sesuatu mausuf fi zimmah yang mana bahan-bahan pembuatan tersebut adalah daripada sani’“[7]

 

Takrif ini diambil dari tulisan Syeikh Husam ad-Din Khalil, Pengkaji Akademik di Mazkaz al-Qaradhawi li al-Wasatiyyah al-Islamiyyah wa at-Tajdid yang telah menghimpunkan dan menyimpulkan satu takrif daripada takrif-takrif yang telah disebut fuqaha’ dan ulama’ kotemporari di atas.

 

Takrif ini dipilih atas beberapa pertimbangan :

 

  • Pandangan yang mengatakan Istisna’ adalah sebuah tuntutan daripada sani’ untuk membuat sesuatu (طلب الصنعة أو طلب العمل من الصانع .. الخ) tidak dapat menjelaskan samada istisna’ adalah sebuah akad atau perjanjian (مواعدة) atau selainnya yang telah menjadi khilaf fuqaha’.
  • Pandangan di atas dan pandangan yang mengatakan Istisna’ merupakan akad dengan ahli pembuatan tidak dapat membezakan Istisna’ dengan ijarah.
  • Pandangan yang mengatakan istina’ merupakan akad pembelian secara on the spot (عقد يشترى به في الحال شيء) atau kontrak ke atas sebuah barangan jual beli fi zimmah (عقد على مبيع في الذمة) tidak dapat membezakan antara akad istisna’ dan akad jual beli. Mustasni dalam akad istisna’ tidak membeli bahan-bahan (المواد) yang digunakan untuk pembuatan kerana ini bercanggahan dengan tabiat istisna’. Jika bahan-bahan tersebut adalah menjadi milik mustasni’, maka akad tersebut sudah menjadi akad ijarah.
  • Pandangan yang mengatakan istisna’ merupakan akad yang disyaratkan di dalamnya pembuatan adalah pandangan yang tidak begitu tepat kerana pembuatan adalah satu perkara asasi yang dituntut dalam akad istisna’. Ia bukanlah sebuah syarat sampingan yang diletakkan di dalamnya.

 


 

TOPIK 2 : HUKUM ISTISNA’

 

Fuqaha’ berselisih pandangan dalam menentukan hukum istisna’.

Pandangan pertama : Harus. Ini adalah pandangan Hanafiah yang menyatakan istisna’ adalah akad tersendiri (عقد مستقل) yang mempunyai syarat-syarat yang tersendiri yang lain dari syarat dalam akad salam.

 

Pandangan kedua : Tidak harus melainkan dengan syarat-syarat salam. Ini adalah pandangan jumhur dari kalangan Malikiyyah, Syafi’iyyah, dan Hanabilah.

 

Hujah pandangan pertama :

 

  • Hadith Ar-Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim :

 

عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْطَنَعَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ[8]

Maksudnya : Daripada Nafi’, daripada Abdullah, sesungguhnya Rasulullah saw telah meminta untuk membuatkan cincin daripada emas.

 

Hadith ini secara jelas menunjukkan akad istisna’ secara umum. Terdapat hadith lain juga yang menunjukkan bahawa Rasulullah saw telah meminta seseorang untuk membuatkan mimbar.[9]

 

Ini disebut di dalam al-ikhtiyar li Ta’lil al-mukhtar :

 

(وإذا استصنع شيئا جاز استحسانا ) اعلم أن القياس يأبى الجواز وهو قول زفر ، لأنه

بيع المعدوم لكن استحسنا جوازه للتعامل بين الناس من غير نكير فكان إجماعا[10]

 

Maksudnya : “(Apabila seseorang meminta untuk membuatkan sesuatu, maka ia harus atas asas istihsan) Ketahuilah bahawa qiyas yang tidak mengharuskannya adalah pandangan Zufar kerana ia adalah jualbeli benda yang tiada. Tetapi keharusannya adalah atas asas istihsan kerana manusia telah berinteraksi dengannya sesama mereka tanpa sebarang kemungkiran, maka ia telah menjadi sebuah Ijma’ “

 

  • Mengangkat atau menghilangkan kesusahan (رفع الحرج).

Manusia sepanjang zaman lebih-lebih lagi zaman moden ini memang memerlukan pakaian, kasut, bangunan, kapal laut, kapal terbang yang tidak boleh didapatkan melainkan dengan proses pembuatan selepas persetujuan antara pihak yang memerlukannya dan para ahli dalam sesuatu jenis pembuatan. Ia sudah menjadi ‘uruf di dalam amalan sepanjang zaman yang merupakan sebuah keperluan kepada manusia.

 

Hujah pandangan kedua :

 

  • Sekiranya tidak diserahkan duit secara penuh ketika majlis akad, ataupun dalam tempoh sehari atau dua hari mengikut pandangan Malikiyyah maka ia telah menjadi hutang dengan hutang (دين بدين) yang diharamkan.
  • Istisna’ termasuk dalam kategori jual beli yang tidak dimiliki manusia yang diharamkan melainkan apabila mengikut syarat-syarat akad salam.[11]

 

Pandangan yang dipilih

 

Pandangan yang rajih – Wallah A’lam- dan dipilih adalah pandangan pertama iaitu hukum istisna’ adalah harus kerana ia merupakan akad tersendiri (عقد مستقل) yang mempunyai syarat-syarat yang tersendiri yang lain dari syarat yang dikenakan di dalam akad salam.

 

Pandangan ini dipilih atas beberapa pertimbangan :

 

  • Hadith Rasulullah saw berkaitan istisna’ tersebut tidak mentaqyiidkan syarat supaya duit (ثمن) wajib diserahkan ketika majlis akad. Sekiranya ianya adalah wajib, nescaya akan dinaqalkan dalam hadith.
  • Mengangkat atau menghilangkan kesusahan (رفع الحرج) adalah perkara asas dalam syariat Islam. Pembangunan dan kemajuan hari ini tidak dapat mengelak daripada memenuhi keperluan manusia terhadap istisna’.

 

Takrif ini selari dengan pandangan Syeikh Dr. Qurah Daghi yang menyatakan :

“فالعقد بهذه الصورة ليس بيعا , ولا سلما , ولا إجارة , ولا غيرها , وإنما هو عقد مستقل خاص له شروطه الخاصة به , وآثاره الخاصة به , ولا ينبغي صهره في بوتقة عقد آخر . فالاستصناع عقد مستقل خاص محله العين والعمل معا , وبذلك يمتاز عن البيع الذي محله العين , وعن الإجارة التي محلها العمل, وعن السلم الذي محله العين الموصوفة في الذمة”[12]

TOPIK 3 : TAKYĪF FIQHĪ BAGI ISTISNA’

Fuqaha’ telah berselisih pandangan dalam menentukan Takyīf fiqhī akad istisna’:

 

Pandangan pertama             : Ia adalah akad perjanjjian

Pandangan kedua     : Ia adalah akad jual beli

Pandangan ketiga     : Ia adalah akad terhadap barangan jual beli fi zimmah yang disyaratkan amal di dalamnya.

Pandangan keempat             : Ia adalah akad Ijarah pada permulaan, dan akad jual beli pada pengakhiran.

Pandangan kelima     : Istisna’ adalah akad salam. Ini adalah pandangan Jumhur selain Hanafiah yang mewajibkan Istisna’ mengikut syarat-syarat dalam akad Salam.[13]

 

Pandangan pertama hingga keempat adalah khilaf yang berlaku dalam kalangan Fuqaha’ Hanafiah sepertimana yang diterangkan al-Kasani dalam Badai’e as-Sanai’e dan Ibn Nujaim dalam  ar-Bahru ar-Raiq.
Berkata al-Kasani :

 

“وَأَمَّا مَعْنَاهُ : فَقَدْ اخْتَلَفَ الْمَشَايِخُ فِيهِ ، قَالَ بَعْضُهُمْ : هُوَ مُوَاعَدَةٌ وَلَيْسَ بِبَيْعٍ ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ : هُوَ بَيْعٌ ، لَكِنْ لِلْمُشْتَرِي فِيهِ خِيَارٌ ، وَهُوَ الصَّحِيحُ ؛ بِدَلِيلِ أَنَّ مُحَمَّدًا رَحِمَهُ اللَّهُ ذَكَرَ فِي جَوَازِهِ الْقِيَاسَ وَالِاسْتِحْسَانَ ، وَذَلِكَ لَا يَكُونُ فِي الْعِدَاتِ ، وَكَذَا أَثْبَتَ فِيهِ خِيَارَ الرُّؤْيَةِ ، وَأَنَّهُ يَخْتَصُّ بِالْبِيَاعَاتِ ، وَكَذَا يَجْرِي فِيهِ التَّقَاضِي ، وَإِنَّمَا يَتَقَاضَى فِيهِ الْوَاجِبُ – لَا الْمَوْعُودُ – ثُمَّ اخْتَلَفَتْ عِبَارَاتُهُمْ عَنْ هَذَا النَّوْعِ مِنْ الْبَيْعِ .

قَالَ بَعْضُهُمْ : هُوَ عَقْدٌ عَلَى مَبِيعٍ فِي الذِّمَّةِ ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ : هُوَ عَقْدٌ عَلَى مَبِيعٍ فِي الذِّمَّةِ شُرِطَ فِيهِ الْعَمَلُ .

وَجْهُ الْقَوْلِ الْأَوَّلِ : أَنَّ الصَّانِعَ لَوْ أَحْضَرَ عَيْنًا ، كَانَ عَمِلَهَا قَبْلَ الْعَقْدِ ، وَرَضِيَ بِهِ الْمُسْتَصْنِعُ ؛ لَجَازَ ، وَلَوْ كَانَ شَرْطُ الْعَمَلِ مِنْ نَفْسِ الْعَقْدِ ؛ لَمَا جَازَ ؛ لِأَنَّ الشَّرْطَ يَقَعُ عَلَى عَمَلٍ فِي الْمُسْتَقْبَلِ – لَا فِي الْمَاضِي – وَالصَّحِيحُ هُوَ الْقَوْلُ الْأَخِيرُ ؛ لِأَنَّ الِاسْتِصْنَاعَ طَلَبُ الصُّنْعِ ، فَمَا لَمْ يُشْتَرَطْ فِيهِ الْعَمَلُ لَا يَكُونُ اسْتِصْنَاعًا ؛ فَكَانَ مَأْخَذُ الِاسْمِ دَلِيلًا عَلَيْهِ ؛ وَلِأَنَّ الْعَقْدَ عَلَى مَبِيعٍ فِي الذِّمَّةِ يُسَمَّى سَلَمًا ، وَهَذَا الْعَقْدُ يُسَمَّى اسْتِصْنَاعًا ، وَاخْتِلَافُ الْأَسَامِي دَلِيلُ اخْتِلَافِ الْمَعَانِي فِي الْأَصْلِ وَأَمَّا إذَا أَتَى الصَّانِعُ بِعَيْنٍ صَنَعَهَا قَبْلَ الْعَقْدِ ، وَرَضِيَ بِهِ الْمُسْتَصْنِعُ ؛ فَإِنَّمَا جَازَ لَا بِالْعَقْدِ الْأَوَّلِ ، بَلْ بِعَقْدٍ آخَرَ ، وَهُوَ التَّعَاطِي بِتَرَاضِيهِمَا.”[14]

 

Berkata Ibn Nujaim :

“وفي الذخيرة هو إجارة ابتداء بيع انتهاء لكن قبل التسليم لا عند التسليم بدليل قولهم إذا مات الصانع يبطل ولا يستوفي المصنوع من تركته”[15]

 

Takyīf fiqhī yang dipilih :

 

Hakikatnya, persoalan mengenai Takyīf fiqhī bagi Istisna’ berbalik kepada persoalan mengenai takrif dan hukum Istisna’.

 

Sepertimana yang telah dijelaskan di dalam topik sebelum ini, takrif Istisna’ yang rajih dan dipilih adalah :

 

“هو عقد على صنع شيء موصوف في الذمة مادته من عند الصانع على وجه خاص”

 

Maksudnya : “ Sebuah akad atau kontrak secara khusus untuk membuat sesuatu mausuf fi zimmah yang mana bahan-bahan pembuatan tersebut adalah daripada sani’“[16]

 

Manakala hukum Istisna’ yang rajih dan dipilih adalah harus, kerana ia merupakan akad tersendiri (عقد مستقل) yang mempunyai syarat-syarat yang tersendiri yang lain dari syarat yang dikenakan di dalam akad salam.

 

Oleh itu, Takyīf fiqhī bagi Istisna’ yang paling tepat, bertepatan dengan takrif dan hukumnya adalah Istisna’ merupakan akad tersendiri (عقد مستقل) yang mempunyai syarat-syarat yang tersendiri yang lain dari syarat yang dikenakan di dalam akad salam. Takyīf fiqhī  ini tidak termasuk di dalam mana-mana daripada kelima-lima Takyīf fiqhī yang diperselisihkan fuqaha’ tadi.

 

Pandangan ini dikuatkan lagi dengan keterangan Ulama-Ulama dan fatwa

Kotemporari. Antaranya :

 

  • Keterangan Syeikh ‘Ali Qurah Daghi :

 

“الاستصناع هو ما إذا طلب المستصنع من الصانع صنع شيء موصوف في الذمة خلال فترة قصيرة أو طويلة , سواء كان المستصنع عين المصنوع منه بذاته أم لا , وسواء كان المصنوع منه موجودا أثناء العقد أم لا . فمحل عقد الاستصناع هو العين والعمل معا من الصانع . فالعقد بهذه الصورة ليس بيعا , ولا سلما , ولا إجارة , ولا غيرها , وإنما هو عقد مستقل خاص له شروطه الخاصة به , وآثاره الخاصة به , ولا ينبغي صهره في بوتقة عقد آخر . فالاستصناع عقد مستقل خاص محله العين والعمل معا , وبذلك يمتاز عن البيع الذي محله العين , وعن الإجارة التي محلها العمل, وعن السلم الذي محله العين الموصوفة في الذمة”[17]

 

  • Keterangan Syeikh Mustafa az-Zarqa’ :

 

“أن الاستصناع نوع من البيوع مستقل لا يدخل في أحد الأنواع الأخرى كالصرف والسلم , وليس أيضا من البيع العادي ( المطلق ) . فكما أن الصرف والسلم نوعان من البيع , وهما عقدان مستقلان , ولهما أحكام خاصة لا تجرى في البيع المطلق , فكذلك الاستصناع “.[18]

 

  • Keputusan Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islamiy dalam muktamar yang ketujuh di Jeddah, pada tahun 1992, bersamaan 1412 Hijrah :

 

“إن عقد الاستصناع هو عقد وارد على العمل والعين في الذمة , ملزم للطرفين , إذا توافرت فيه الأركان والشروط.”

 

  • Fatwa Lujnah Fatwa Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam, Qatar :

“إن الاستصناع في اصطلاح الفقهاء:

أن يطلب إنسان من آخر شيئا لم يصنع بعد ليصنع له طبق مواصفات محددة ، بمواد من عند الصانع ، مقابل

عوض مالي. وهو شبيه بالإجارة ، وبالسلم ، والبيع بالمعنى الخاص ، أما شبهه بالإجارة فلأن العمل فيه جزء من المعقود

عليه ، وأما شبهه بالبيع من حيث أن الصانع يقدم المواد من عنده مقابل عوض ، لكن تعريف الفقهاء المتقدم

له يخرجه عن كونه واحدا من الثلاثة ، ويوضح أنه عقد مغاير لهذه العقود”[19]

 

 

 

TOPIK 4 : STATUS PEMILIKAN MASNU’ SEMASA PROSES PEMBUATAN DAN SEBELUM DISERAHKAN KEPADA MUSTASNI’

Untuk mengetahui status pemilikan masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’, perlulah terlebih dahulu mengenal pasti mahal al-‘aqd  (محل العقد) di dalam akad Istisna’.

Berdasarkan takrif, hukum, dan Takyīf fiqhī bagi Istisna’ yang dijelaskan di dalam topik-topik sebelum ini, dapatlah disimpulkan bahawa mahal al-‘aqd dalam akad Istisna’ adalah ‘amal dan ‘ain secara bersama tidak terpisah.

Berkata  Abu al-Ma’ali Burhanuddin al-Hanafi :

“المستصنع طلب منه العمل والعين جميعا فلا بد من اعتبارهما جميعا”[20]

 

Perlu diketahui bahawa ‘ain yang dimaksudkan di dalam mahal al-‘aqd di dalam akad Istisna’ adalah syai’ mausuf fi zimmah (شيء موصوف في الذمة)  sepertimana yang dikatakan Syeikh ‘Ali Qurah Daghi :

“الاستصناع هو ما إذا طلب المستصنع من الصانع صنع شيء موصوف في الذمة خلال فترة قصيرة أو طويلة…”[21]

Berkata al-Kasani :

“بَعْدَ الْفَرَاغِ مِنْ الْعَمَلِ قَبْلَ أَنْ يَرَاهُ الْمُسْتَصْنِعُ ، فَكَذَلِكَ ، حَتَّى كَانَ لِلصَّانِعِ أَنْ يَبِيعَهُ مِمَّنْ شَاءَ . كَذَا ذُكِرَ فِي الْأَصْلِ ؛ لِأَنَّ الْعَقْدَ مَا وَقَعَ عَلَى عَيْنِ الْمَعْمُولِ ، بَلْ عَلَى مِثْلِهِ فِي الذِّمَّةِ ؛ لِمَا ذَكَرْنَا أَنَّهُ لَوْ اشْتَرَى مِنْ مَكَان آخَرَ ، وَسَلَّمَ إلَيْهِ ؛ جَازَ ، وَلَوْ بَاعَهُ الصَّانِعُ ، وَأَرَادَ الْمُسْتَصْنِعُ أَنْ يُنْقِصَ الْبَيْعَ ؛ لَيْسَ لَهُ ذَلِكَ…”

Berkata As-Sarakhsi :

“وَإِذَا عَمِلَهُ الصَّانِعُ فَقَبْلَ أَنْ يَرَاهُ الْمُسْتَصْنِعُ بَاعَهُ يَجُوزُ بَيْعُهُ مِنْ غَيْرِهِ لِأَنَّ الْعَقْدَ لَمْ يَتَعَيَّنْ فِي هَذَا بَعْدُ وَلَكِنْ إذَا أَحْضَرَهُ وَرَآهُ الْمُسْتَصْنِعُ فَهُوَ بِالْخِيَارِ لِأَنَّهُ اشْتَرَى مَا لَمْ يَرَه”[22]

Dapatlah diketahui di sini bahawa semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’, masnu’ masih merupakan milik sani’. Ini kerana, ia  tidak termasuk di dalam mahal al-‘aqd di dalam akad Istisna’. Masnu’ yang dimaksudkan di dalam mahal al-‘aqd adalah syai’ mausuf fi zimmah (شيء موصوف في الذمة). Jesteru, pemilikan mustasni’ hanya thabit ke atas sya’ mausuf fi zimmah, bukan ke atas masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan. Ini bertepatan dengan pandangan al-Kasani yang menyatakan :

“وَأَمَّا حُكْمُ الِاسْتِصْنَاعِ : فَهُوَ ثُبُوتُ الْمِلْكِ لِلْمُسْتَصْنِعِ فِي الْعَيْنِ الْمَبِيعَةِ فِي الذِّمَّةِ[23]

Selari juga dengan pandangan Akmaluddin al-Babarti al-Hanafi (wafat 786 H) yang menyatakan :

“أنَّ الْمَبِيعَ فِي الِاسْتِصْنَاعِ دَيْنٌ وَمَعَ ذَلِكَ لِلْمُسْتَصْنِعِ خِيَارُ الرُّؤْيَةِ”

 

Jika mengambil pandangan Jumhur Fuqaha selain Hanafiah yang mensyaratkan akad Istisna’ dengan syarat akad Salam, masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’ juga adalah  milik Sani’. Manakala pemilikan mustasni’ hanyalah ke atas masnu’ mausuf fi zimmah. Dan pemilikan mustasni’ ke atas masnu’ mausuf fi zimmah ini adalah pemilikan tidak tetap (ملكية غير مستقرة). Berkata Imam As-Suyuti rahimahullah :

“وَجَمِيعُ الدُّيُونِ الَّتِي فِي الذِّمَّةِ بَعْدَ لُزُومِهَا وَقَبْضِ الْمُقَابِلِ لَهَا: مُسْتَقِرَّةٌ إلَّا دَيْنًا وَاحِدًا: هُوَ دَيْنُ السَّلَمِ فَإِنَّهُ وَإِنْ كَانَ لَازِمًا فَهُوَ غَيْرُ مُسْتَقِرٍّ وَإِنَّمَا كَانَ غَيْرَ مُسْتَقِرٍّ ; لِأَنَّهُ بِصَدَدِ أَنْ يَطْرَأَ انْقِطَاعُ الْمُسْلَمِ فِيهِ”[24]

Maksudnya: “Semua dayn yang dalam tanggungan (zimmah) selepas ia dikira lazim dan selepas diserahkan muqābilnya, adalah dayn yang tetap kecuali satu jenis dayn iaitu dayn salam. Walaupun akad tersebut sudah lāzim, dayn tersebut tidak tetap, kerana ia terdedah kepada kemungkinan ketidakwujudan muslam fīh.”

Hakikatnya, keempat-empat mazhab bersepakat bahawa masnu’ semasa proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’ adalah milik sani’. Ketika termeterainya akad Istisna’, mustani’ hanya memiliki masnu’ mausuf fi zimmah.

Pemilikan mustasni’ ke atas masnu’ mausuf fi zimmah ini adalah tidak tetap (ملكية غير مستقرة) seperti yang dikatakan as-Suyuti. Ini kerana masnu’ masnu’ mausuf fi zimmah tersebut tidak boleh di-ta’yin-kan. Kerana ta’yin sesuatu masnu’ dan ‘amal di dalam akad Istisna’ adalah tidak dibenarkan. Berkata As-Showi :

“(فإن عينه فسد ) : قال في المدونة : فإن شرط عمل رجل بعينه لم يجز وإن نقده لأنه لا يدري أيسلم ذلك الرجل ام لا فذلك غرر ( اه ) وعلى هذا درج ابن رشد . وفي المدونة في موضع آخر ما يقتضي الجواز إذا عين العامل فقط لقولهم : من استأجر من يبني له داراً على ان الجص والآجرّ من عند الأجير جاز ، وهو قول ابن بشير . وحيث قلتم بفساده بتعيين العامل أو المعمول فمن باب أولى تعيينهما معاً ، وعلة الفساد في تعيين العامل دوران الثمن بين السلفية والثمنية ، وفي تعيين المعمول ان السلم لا يكون في شيء بعينه بل في الذمة كما أفاده الشارح .قوله : ( وإن اشترى المعمول منه ) إلخ : الفرق بين هذه والتي قبلها أن العقد فيما قبلها وقع على المصنوع على وجه السلم ولم يدخل المعمول منه في ملك المشتري ، وهذه وقع العقد فيها على المعمول منه بعد ان ملكه ثم استأجره بالشرط في العقد على عمله فذلك كان العقد صحيحاً بشرطه عين العامل أم لا.”[25]

 

Figure 1.0  di bawah menunjukkan status pemilikan masnu’ di dalam akad Istisna’ sepertimana yang dibincangkan di atas.

Figure 1.0

Pemilikan mustasni’ ke atas masnu’ secara tetap (ملكية مستقرة) berlaku selepas proses pembuatan masnu’ siap dan selepas masnu’ diserahkan kepada mustasni’. Berkata as-Sanhuri :

“أن الشيء المصنوع تنتقل ملكيته إلى رب العمل بمجرد تمام صنعه، فإذا استولت عليه الإدارة مثلًا كان مستحقًّا لرب العمل لا للصانع، وإذا هلك الشيء المصنوع قبل التسليم فالهلاك على الصانع، وذلك تطبيقًا لأحكام البيع، ولكن الصانع يضمن العمل الذي أنجزه ضمان المقاول، وتسري هنا أحكام المقاولة لا أحكام البيع”

Piawaian Shariah AAIOFI no. 11 dalam tajuk Istisna’ dan Istisna’ Muwazi, di bawah point 3/1/3 bertepatan dengan pandangan tersebut :

“لا يجوز أن يكون محل الاستصناع شيئا معينا بذاته, كما لو قال بعتك هذه السيارة, أو هذا المصنع, وإنما يكون الاستصناع فيما حدد بالمواصفات لا بالتعيين. ولا يثبت للمستصنع أولوية فيما شرع الصانع في عمله إلا بعد التسليم كلياً أو جزياً, كما لا يختص المستصنع بملكية المواد القائمة لدى الصانع لإنجاز الصنع…”[26]

 


 

TOPIK 5 : ISU-ISU BERBANGKIT

  • Keputusan MPS Dalam Mesyuarat Ke-142 Berhubung Isu “Hukum Menjual Aset Istisna’ Yang Belum Siap”

Dalam mesyuarat yang ke-142 Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia, MPS telah memutuskan dua perkara berhubung isu “hukum menjual aset Istisna’ yang belum siap” :

“ 2.56. MPS memutuskan bahawa pembeli dalam kontrak istisna’ tidak boleh menjual aset istisna’ yang belum siap dan belum diserahkan hak milik kepadanya.

2.57. Namun, pihak yang berkontrak boleh bersetuju semasa atau selepas pemeteraian kontrak istisna’ bahawa pembeli dalam tempoh pembinaan aset istisna’ boleh membeli aset tersebut seadanya (as is) dan kesannya adalah hak milik aset istisna’ tersebut berpindah kepada pembeli. Sehubungan itu, pembeli boleh menjual aset tersebut kepada pihak yang lain ”[27]

Keputusan MPS yang di atas selari dengan pandangan fuqaha’ bahawa masnu’ semasa proses pembuatan dan diserahkan kepada mustasni’ adalah milik masnu’.

Tetapi apabila pembeli membeli aset istisna’ dalam tempoh pembinaan sepertimana yang dimaksudkan di dalam perenggan 2.57 terdapat sedikit perkara yang perlu diketengahkan.

Walaupun tiada halangan syara’ yang menghalangnya, ia akan membawa kesan kepada berakhirnya akad istisna’ antara mustasni’ dan sani’ ketika itu. Ini kerana, apabila mustasni’ sudah memiliki masnu’ yang sedang dalam proses pembinaan beserta bahan-bahannya, ia akan menjadi hukum lain iaitu istikjar (استئجار) sepertimana yang dikatakan al-Kasani :

“فَإِنْ سَلَّمَ إلَى حَدَّادٍ حَدِيدًا لِيَعْمَلَ لَهُ إنَاءً مَعْلُومًا بِأَجْرٍ مَعْلُومٍ ، أَوْ جِلْدًا إلَى خَفَّافٍ لِيَعْمَلَ لَهُ خُفًّا مَعْلُومًا بِأَجْرٍ مَعْلُومٍ ؛ فَذَلِكَ جَائِزٌ وَلَا خِيَارَ فِيهِ ؛ لِأَنَّ هَذَا لَيْسَ بِاسْتِصْنَاعٍ ، بَلْ هُوَ اسْتِئْجَارٌ ؛ فَكَانَ جَائِزًا فَإِنْ عَمِلَ كَمَا أُمِرَ ؛ اسْتَحَقَّ الْأَجْرَ ، وَإِنْ أَفْسَدَ ؛ فَلَهُ أَنْ يُضَمِّنَهُ حَدِيدًا مِثْلَهُ ؛ لِأَنَّهُ لَمَّا أَفْسَدَهُ ، فَكَأَنَّهُ أَخَذَ حَدِيدًا لَهُ وَاِتَّخَذَ مِنْهُ آنِيَةً مِنْ غَيْرِ إذْنِهِ ، وَالْإِنَاءُ لِلصَّانِعِ ؛ لِأَنَّ الْمَضْمُونَاتِ تُمْلَكُ بِالضَّمَانِ.”[28]

 

 

 

  • Kesan Pembayaran Awal (تعجيل الثمن) Dalam Akad Istisna’

Hanafiah berpandangan bahawa pembayaran dalam akad Istisna’ boleh ditangguhkan. Namun, perlu dijelaskan di sini bahawa pembayaran awal ketika proses pembuatan tidaklah membawa maksud mustasni’ sudah memiliki masnu’ tersebut sebahagian atau sepenuhnya.

Bayaran yang dilaksanakan oleh mustasni’ adalah untuk akad istisna’ secara keseluruhan, iaitu untuk ‘amal dan masnu’ mausuf fi zimmah yang merupakan mahal al-‘aqd dalam akad Istisna’.

Sekiranya mustasni’ membuat bayaran awal untuk miliki terus masnu’ dan bahan-bahan tersebut (dengan persetujuan semua pihak yang berkontrak), maka akad istisna’ tersebut berakhir dan menjadi akad Ijarah al-‘Amal seperti yang dimaksudkan al-Kasani.[29]

Mengikut pandangan Jumhur Fuqaha selain Hanafiah pula, tiada isu yang berbangkit kerana bayaran akad Istisna’ wajib ditunaikan ketika majlis akad. Bayaran tersebut adalah untuk akad Istisna’ secara keseluruhan, bukan untuk masnu’ atau bahan-bahan yang akan digunakan untuk proses pembuatan. Jika tidak, ia akan lari dari muqtadha al-‘aqd Istisna’

Wallah ‘Alam.

 

 

 

 

KESIMPULAN

 

Status pemilikan masnu’ dalam akad istisna’ semasa proses pembuatan

dan sebelum penyerahan kepada mustasni’ berkait rapat dengan takrif, hukum, dan Takyīf fiqhī bagi Istisna’.

 

Di sini saya keluarkan beberapa natijah terpenting daripada kajian ini sebagai kesimpulan :

 

  • Takrif istisna’ yang dipilih adalah :

 

هو عقد على صنع شيء موصوف في الذمة مادته من عند الصانع على وجه خاص”

 

Maksudnya : “ Sebuah akad atau kontrak secara khusus untuk membuat sesuatu mausuf fi zimmah yang mana bahan-bahan pembuatan tersebut adalah daripada sani’

 

  • Hukum istisna’ adalah harus dan Takyīf fiqhī’nya adalah Istisna’ merupakan akad tersendiri (عقد مستقل) yang mempunyai syarat-syarat yang tersendiri yang lain dari syarat yang dikenakan di dalam akad salam.

 

  • Masnu’ dalam akad Istisna’ ketika proses pembuatan dan sebelum diserahkan kepada mustasni’ adalah masih dimiliki Sani’, kerana ia bertepatan dengan muqtadha al-‘aqd dalam Istisna’.

 

  • Selepas akad Istisna’ dimaterai, mustasni’ hanya memiliki masnu’ mausuf fi zimmah. Ini bermakna, lazim ke atas sani’ untuk membuatkan dan menyerahkan masnu’ yang mausuf fi zimmah tersebut kepada mustasni, tanpa ditentukan (تعيين) sesebuah masnu’ atau bahan-bahan.

 

 

Wallah A’lam

 

[1] Ibn Manzur, Lisan Al-Arab, Daar Saadir, Beirut, 8/208

[2] Ibid

[3] Najmu ad-Din An-nasfi, Tolabah At-Tolabah, Daar at-Tiba’ah al-‘Amirah 3/100

[4] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-kuwaitiyyah, 3/325

[5] Hasyiah Radd al-Mukhtar ‘ala ad-dar al-Mukhtar Syarh Tanwir al-Absor li Ibn ‘Abidin, Daar al-Fikr li at-tiba’ah wa an-Nashr, 5/223

[6] ‘Aqd al-Istisna’ li az-Zarqa’, Daar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, m/s 21, dinaqalkan dari ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 6

[7] ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 7

[8] Sahih Al-Bukhari, 18/223, hadith no. 5427, Sahih Muslim, 10/463, hadith no. 3898

[9] Sahih Al-Bukhari,  2/908

[10] Al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, 2/40

[11] ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 15

[12] Bahas Istisna’ yang dibincangan dalam Majma’ al-Fiqh al- Islami, sesi ketujuh, di Jeddah. Dipetik dari : ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 20

[13] Lihat : Manhu al-Jalil, 11/346

[14] Badai’e as-Sanai’e fi Tartib as-Syarai’e, 9/498,

[15] al-Bahru ar-Raiq Syarh Kanzu ad-Daqaiq li Ibn Nujaim, 6/186, Daar al-Kitab al-Islamiy.

[16] ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 7

[17] Bahas Istisna’ yang dibincangan dalam Majma’ al-Fiqh al- Islami, sesi ketujuh, di Jeddah. Dipetik dari : ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 20

[18] Dipetik dari : [18] ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 19-20

[19] Dipetik dari : [19] ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 20

[20] Al-Muhith al-Burhani, 2/527

[21] Bahas Istisna’ yang dibawa di dalam perbincangan Majma’ al-Fiqh al- Islami, sesi ketujuh, di Jeddah. Dipetik dari : ‘Aqd al-Istisna’ ka Ahad al-Badail as-Syar’iyyah li al-Au’iyyah al-Iddikhariyyah al-bankiyyah, m/s 20

 

[22] Al-Mabsuth li As-Sarakhsi, 15/26

[23] Badai’e as-Sanaie, 3/10

[24] Al-Asybah wa an-Nazhoir, 1/326

[25] Ahmad as-Showi, Bulghahh as-Salik li Aqrab al-Masalik, 3/180

[26] Al-Ma’ayir as-Syar’iyyah, AAIOFI, m/s 146

[27] Minit Mesyuarat ke-142 Majlis Penasihat Shariah, m/s 10

[28] Badai’e as-Sanai’e, 5/10

[29] Ibid

Leave a Reply

AHMAD KHAIRUDDIN

Perkongsian Siayasah & Muamalat Islam

Emel : ahmadbinkhairuddin@gmail.com